Pages

Monday, March 14, 2011

Tulasi, tulsi, ruku, Holy basil




Pokok tulsi ni atau di negara kita lebih dikenali sebagai pokok ruku-ruku, tersangat popular di kalangan masyarakat  India, khususnya masyarakat luar bandar.Pokoknya taklah tinggi sangat. Jenis pokok renek. Banyak tumbuh di tepi2 jalan dan juga di tempat terbuka yang terdedah kepada cahaya matahari.
Daun pokok ni sering digunakan sebagai ubat melega batuk di kalangan kanak2.
Namun sebenarnya pokok ruku atau tulsa ni dipercayai mempunyai sekurang2nya 15 kegunaan:
  1. Daunnya dipercayai mempunyai khssiat sebagai tonik saraf, dan membantu  menguatkan memori.
  2. Membantu mengeluarkan lendir2 atau hingus  atau gelema dari bahagian salur pernafasan
  3. Daunnya membantu menguatkan dinding perut dan membantu mencetuskan peluh.
  4. Pucuk ruku2 yang muda boleh di rebus bersama daun teh , diminum air , boleh bertindak mengawal demam.
  5. Jus daun ruku2 juga  boleh membantu suhu badan kanak-kanak yang demam
  6. Mengawal batuk di kalangan kanak2. Daunnya, jika dikunyak boleh melegakan selsema 
  7. Jika sakit kerongkong, minum air rebusan daun ruku2. Air ni juga boleh digunakan untuk kumur.
  8. Rebus daun ruku2 bersama2 bunga cengkeh, garam ddalam setengah liter air.  Biarkan sehingga tinggal separuh. Meminum air rebusan ini  boleh melegakan selsema
  9. Melegakan batu karang! Sekiranya kita mengamalkan meminum jus atau perahan daun ruku2 dengan madu lebah secara berterusan selama 6 bulan, ia boleh membantu mengeluarkan batu karang melalui saluran kencing.
  10. Mengambil daun ruku2 secara berkala dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
  11. Mengunyak sehingga 12 helai daun ruku2 sehari dapat mengurangkan stres. Ia membantu mencuci darah
  12. Ulser atau radang dalam mulut dapat di kurangkan dengan mengunyah beberapa helai daun ruku2  sehingga sembuh.
  13. Daun ni boleh di pupuk untuk menghilangkan gatal sengatan serangga dan juga pacat
  14. Ia juga dapat melegakan kurap serta panau
  15. Boleh digunakan ubat gigi. Daunnya sudang dikeringkan dan dihancurkan boleh digunakan sebagai ubat gigi, membantu mencegah mulut berbau serta pada masa yang sama mengurut gusi.
  16. Sakit kepala - pupuk  pada dahi
  17. Jus ruku2 hitam  boleh membantu sakit mata serta rabun ayam. ( Titik beberapa titik air perahan daun ke dalam mata)

Tulasi, tulsi, ruku, Holy basil

Pokok tulsi ni atau di negara kita lebih dikenali sebagai pokok ruku-ruku, tersangat popular di kalangan masyarakat  India, khususnya masyarak luar bandar.

Saturday, January 1, 2011

Saw palmetto boleh mengatasi masalah kencing tak lawas



Orang sering bercakap masalah kencing tak lawas ini sering dikaitkan dengan lelaki atau pria yang lanjut usia, usia emas atau 50an. Wanita mungkin kurang menghadapi masalah ini, mungkin kerana faktor biologi. Memang satu penyiksaan yang amat sangat sekiranya kita menghadapi masalah ini yang kerapnya dikaitkan dengan pembesaran prostat. Kencing tak boleh atau kencing menitis atau kencing tak puas.  Hai memang parah. Sebab itulah menjadi bahan gurauan jika jika bersua dengan rakan seusia 50an, persoalan2 kesihatan yang lumrah ialah: 'engkau lalu makan?, tidur engkau nyenyak?, boleh kentut?boleh buang air besar? dan yang akhir engkau boleh kencing? Jarang ditanya soalan-soalan seperti ' berapa banyak wang engkau di bank? Kerana kalau diusia emas,  kita boleh menyelesaikan 5 perkara di atas kira-kira dah kaya tu! apa tidaknya, kita sudah pasti dapat melakukan semua ibadat yang wajib dan sunat tanpa gangguan, sempurna!
Bila kita disahkan sebagai menghadapi masalah prostat, biasanya doktor akan mencadangkan kita mengambil ubat atau pil yang berasaskan saw palmetto. apa sebenarnya saw palmetto ini? ekstrak saw palmetto yang banyak diperkatakan adalah mengenai buah  daripada serenoa repens. Sejak tradisinya ia banyak digunakan dalam pelbagai masalah kesihatan bergantung kepada  kaum atau masyarakat setempat. Ada yang mengambilnuya dalam bentuk jus sebagai tonik  dan ada yang mengambil buah  yang dalam kategori beri ini sebagai ekspektoran dan juga sebagai antiseptik.
Buah saw palmetto (SP) ini kaya dengan asid-asid lemak  dan fitosterol dan ektraknya  telah menjadi bahan kajian intensif untuk rawatan jangkitan saluran kencing serta beberapa masalah kesihatan yang lain.
Namun , kajian awal SP ke atas  rawatan benign prostatic hyperplasia  atau pembesaran kelenjar prostat begitu memberangsangkan . Perubahan dengan tahap ringan  dan sederhana boleh dilihat  dalam simptom-simptom berkaitan  dan aliran kencing yang diukur. Ujian-ujian lain juga  memperlihatkan perbezaan ketara dengan plasebo.
Berdasarkan ujian ke atas peserta  yang mengambil  320mg ekstrak saw palmetto  sehari, perubahan yang ketara boleh dilihat berbanding plasebo. Dengan ini pengambilan SP ini didapati bermanfaat dalam membantu masalah berkaitaan pembesaran kelenjar prostat. Pengambilannya dianggap sesuai memandangkan ia lebih mesra pengguna dan kurang memberi kesan sampingan seperti sakit kepala.
dalam ujian lain perubahan positif juga dicatatkan selepas pengambilanm selama 90 hari. Ada yang mencatatkan  perubahan positif  sebelum tempoh 2 bulan dan ia dianggap berkesan  dalam meringankan simptom-simptom akibat pembesaran kelenjar prostat. keran keupayaan inilah  saw palmetto digunakan sebagai antara cadangan utama  untuk memperbaiki kesihatan prostat di kalangan ahli urologi   german dan Australia. dalam formulasi terkini untuk kesihatan prostat , SP banyak digabungkan dengan pumpkin seed atau biji labu untuk kesan sinergistik.
Pembesaran kelenjar prostat bukanlah masalah luar biasa di kalangan lelaki dan risikonya bertambah apabila  usia meningkat. Simptom-simptomnya mungkin berbeza  dan pelbagai antara individu, namun simptom umum termasuklah aliran kencing yang lemah, kerapkali merasa desakan untuk kencing , lebih susah untuk memulakan atau menghentikan kencing, air kencing boleh menitis dan beberapa lagi.
Masalah berkaitan kencing tak lawas ini lebih biasa dialami dikalangan lelaki berusia. namun begitu, masalah ini boleh menjurus kepada masalah lain seperti jangkitan buah pinggang serta jangkitan pada pundi dan acute urinary retention (pundi kencing tidak dapat menyingkirkan urin) .

Dalam usaha menjaga kesihatan prostat, memperolehi zat besi yang mencukupi juga dianggap sebagai kriteria penting. Penyerapan zink juga boleh merosot di kalangan mereka yang berusia.  Pengambilan vitamin B pula dicadangkan  khususnya vitamin B6 untuk membantu penyerapan zink. Oleh yang demikian penghidap masalah ini seharusnya mengelak daripada mengambil alkohol kerana ia boleh meningkatkan penyingkiran banyak nutrien penting tubuh termasuk zink dan vitamin B6.
- dipetik dan dipadankan drpd Mingguan Malaysia, 2.1.2011

Sunday, August 22, 2010

Kecubung

Nama herba ini seakan-akan Melayu/tempatan , tapi rupa-rupanya berasal dari negeri Cina. Pokoknya tak besar sangat, dikenali juga sebagai Horn of plenty, angel's trumpet, downy thorn apple, devil's trumpet dan nama saintifiknya pula ialah f:solanaceae.
Menariknya pokok ini beracun sifatnya.
Di antara kesan terkena racun buah kecubung ini ialah  kulit menjadi merah, sakit kepala, alami halusinasi, konvulsi dan mungkin koma.
Khabarnya jenis yang putih itu lebih beracun. Bahan kimia yang menyebabkan keracunan ini ialah alkaloid tropana(toksik) Sekiranya terminum atau termakan, rawatan segera boleh diambil dengan minuman air kopi dan mendapat udara segar.
Walau pun beracun, kecubung  kerap  juga digunakan sebagai ubat asma, rheumatik, sakit pinggang dan juga bisul.  Untuk mengubati asma, ambil  10 helai daun kecubung. Hiris halus-halus. Kemudian jemur hingga kering. Bungkus dengan kulit jagung kering, sedut seperti mengisap rokok daun. Bagi penghidap rheumatik pula, bolehlah mengambil beberapa helai daun kecubung, diramas,  sisapu dengan sedikit minyak kelapa, dilayur dan terus ditampal di bahagian yang sakit sementara daun-daun itu masih panas. Bagi sakit pinggang dan sengal-sengal badan pula, ambil 4 helai daun kecubung berserta sedikit kapur sirih, kemudian ditumbuk lumat-lumat terus disapu di bahagian yang sakit.

Saturday, August 21, 2010

Daun Pecah Batu/Pecah Beling

Pelbagai khasiat daun pecah beling

Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.


Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.

Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol).

Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati.

Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap.

Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.

Kami telah menyediakan formula teh daripada daun pecah beling. Teh pecah beling ini telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus yang diaruh diabates atau kencing manis. Hasil yang menarik lagi ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi.

Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob. Walau bagaimanapun, kajian klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau kencing manis.

Artikel oleh:
Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar.
Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
UPM, Serdang, Selangor, Malaysia

Rahsia tapak kaki

Kesihatan KAKI

MUNGKIN kerana kedudukannya yang paling bawah, ia adalah anggota tubuh terakhir atau langsung tidak mendapat perhatian sebahagian besar daripada kita.


Tetapi, kita terlupa. Pada bahagian paling bawah inilah, dilengkapi dengan kejuruteraan berstruktur yang amat menakjubkan - kaki.

Tugas dan tanggungjawabnya juga bukan calang-calang. Seluruh `berat badan' dibebankan kepadanya. Ia juga umpama `kenderaan' paling selamat yang membawa kita ke mana saja.

Sebab itulah, ada pendapat yang mengatakan, jika kaki anda sihat, maka kesihatan tubuh secara keseluruhan juga terjamin.

Malangnya, berapa ramai yang mengambil berat tentang kesihatan kaki, seperti kita `menjaga' lain-lain anggota tubuh?

Sebaliknya, saban hari, kita telah dan terus `menindas' kaki dengan banyak cara. Antaranya, menyarung kaki dengan kasut yang tidak begitu sesuai, berdiri berjam-jam dan sebagainya.

"Lama-kelamaan, jika keadaan ini dibiarkan, kaki akan mengalami tekanan berlebihan."

"Kesannya, ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh secara keseluruhan seperti sakit leher, lutut dan belakang," kata Pakar Runding Podiatri, Pusat Penjagaan Kesihatan Komplementari Datuk Paduka Saleha, Petaling Jaya, Selangor, Dr. Mark Reyneker.

Menurut beliau, sebilangan besar kesakitan yang dirasai pada anggota tubuh tersebut berpunca daripada fungsi kaki yang terjejas. Bagaimanapun, berita baiknya, ia ada penawar.

Tetapi, tidak ramai yang benar-benar faham atau ambil peduli apabila fungsi kaki mereka terjejas. "Sebab itulah, mereka terus memilih untuk hidup dalam ketidakselesaan atau membiarkan diri dalam kesakitan," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran butik kasut terkemuka, di sebuah pusat membeli-belah baru-baru ini.

Menurut Reyneker, sebilangan orang tidak menghidap penyakit yang serius, tetapi mereka berasa tidak selesa setiap kali berjalan atau berdiri terlalu lama.

Malah, pada masa yang sama, tidak kurang yang merungut kerana gagal mendapat kasut yang sesuai dengan pelbagai alasan.

Sehubungan itu, selain rawatan perubatan, hanya kasut yang dilengkapi dengan alat sokongan dan kusyen yang sesuai dapat membantu merawat masalah kaki.

ANTARA JENIS MASALAH KAKI:

- Rengsa pada otot-otot labu betis kaki
Individu yang menderita masalah ini biasanya mengadu rasa sakit teramat sangat apabila mereka mula memijak lantai selepas bangun tidur.

Atau, beberapa langkah pertama selepas duduk dalam jangka masa yang lama. Rasa sakit ini berkurangan apabila melakukan aktiviti.

Otot-otot labu betis terletak pada bahagian belakang kaki hingga ke tumit. Masalah ini boleh menjadi semakin serius dengan pelbagai aktiviti yang menyebabkan tekanan pada tendon.

Biasanya ia dihadapi oleh atlet terutama pelari jarak jauh. Antara sebab berlakunya masalah ini ialah pemilihan kasut yang salah, kecederaan pada tendon dan kecacatan tulang tumit.

- Bunion
Bengkak pada sendi antara ibu jari kaki dan tulang metatarsal pertama. Benjolan yang timbul ini menyebabkan ibu jari kaki tertolak ke jari kaki yang lain.

Bagaimanapun, masalah yang paling kerap dialami oleh hampir kebanyakan wanita ini disebabkan pemakaian kasut yang ketat.

Selain itu, ia juga disebabkan radang sendi dan kelainan pada fungsi kaki.

Antara gejalanya ialah radang, pembengkakan dan kesakitan pada sisi permukaan ibu jari.

- Kematu
Pembentukan sel-sel kulit mati yang mengeras dan menebal pada tapak kaki. Ia berlaku sebagai satu tindak balas bagi melindungi kaki akibat tekanan yang berlebihan dan geselan.

Kematu, biasanya terbentuk pada tumit, benjolan tapak kaki atau bahagian bawah ibu jari kaki.

Masalah ini biasanya disebabkan pemakaian kasut bertumit tinggi, kasut terlalu kecil, obesiti dan cara seseorang itu berjalan.

Selain itu, tapak kaki yang rata, atau lengkungan tapak kaki terlalu dalam dan kehilangan lemak-lemak pada bawah tapak kaki juga punca seseorang itu menghidap kematu.

- Belulang
Seperti kematu, belulang terjadi akibat pengumpulan sel-sel kulit mati pada kaki. Ia akan menebal dan lama-kelamaan menjadi keras.

Ia terbentuk pada bahagian atas sisi dan hujung jari. Amat menyakitkan dan boleh menjadi radang jika ia sering tergesel dengan kasut yang dipakai.

Belulang disebabkan oleh pemakaian kasut yang ketat, kasut tumit tinggi, sarung kaki dan stoking yang terlalu ketat atau kecacatan pada jari kaki.

- Tapak kaki rata
Ia merupakan masalah biomekanikal yang berlaku semasa seseorang berjalan.

Pergerakan semasa berjalan boleh menyebabkan tekanan yang ekstrem atau radang pada tapak kaki.

Mereka yang mengalami masalah ini tidak merasai ketidakselesaannya pada masa yang sama atau langsung tidak merasainya. Tetapi, apabila gejalanya mula timbul dan rasa sakit, cara berjalannya pelik.

- Sakit tumit
Gejalanya dialami pada awal pagi atau selepas berehat dalam jangka masa yang lama.

Ia juga antara masalah yang paling kerap ditemui. Ini kerana seluruh berat badan terpaksa diampu pada tumit. Lama-kelamaan, keadaan ini menyebabkan tekanan pada bahagian tersebut dan ketidakselesaan yang amat sangat.

Dua jenis masalah tumit ini ialah, sindrom sakit tumit dan plantar fasciitis. Sindrom sakit tumit berpunca daripada tumit kasut yang terlalu rendah, pelapik pada tumit kasut yang rosak atau peningkatan aktiviti secara tiba-tiba.

Manakala, plantar fasciitis disebabkan oleh tapak kaki rata. Apabila ia rata, kaki akan meregang dan menyebabkan timbulnya rasa sakit pada tapak kaki dan lengkungan tapak kaki.

- Metatarsalgia
Kesakitan nyeri yang dirasai pada tulang-tulang metatarsal iaitu pada bahagian bawah tapak kaki berhampiran jari kaki.

Masalah yang juga paling kerap ditemui ini boleh menjejaskan sendi-sendi dan tulang-tulang pada bahagian tersebut.

Kasut yang tidak sesuai atau kasut yang ketat menyebabkan bahagian ini tertekan. Ia menyebabkan seseorang tidak boleh berjalan dengan normal. Sekali gus, menyebabkan kesukaran ketika berjalan kerana rasa tidak selesa pada bahagian tersebut.

Selain itu, pemakaian kasut tumit terlalu tinggi, atau mereka yang menyertai aktiviti lasak tanpa menggunakan kasut yang sesuai juga boleh menekan bahagian ini.

Peningkatan usia yang menyebabkan lapisan lemak pada bahagian tapak kaki menipis, juga menyebabkan kita lebih mudah rasa sakit pada bahagian tersebut.

- Plantar fasciitis
Radang yang disebabkan regangan pada bahagian bawah tapak kaki. Regangan secara keterlaluan, menyebabkan rasa sakit pada tumit, lengkungan tapak kaki dan tumit.

Biasanya, regangan yang boleh menyebabkan radang dan rasa tidak selesa ini berlaku kerana:


- Tapak kaki rata

- Lengkungan tengah tapak kaki yang dalam

- Peningkatan aktiviti fizikal secara tiba-tiba

- Kehamilan atau berat badan berlebihan hingga membebankan kaki

- Pemakaian kasut yang tidak begitu sesuai.


** Credit : UtusanMalaysia

Rahasia Daun Alfafa

Thursday, January 27, 2005

KESIHATAN : Rahsia Alfalfa kekalkan kesihatan tubuh

TAHAP kesedaran masyarakat Malaysia terhadap pentingnya kesihatan dalam amalan gaya hidup seseorang semakin meningkat dewasa ini.

Hebahan maklumat mengenai kesihatan di media cetak mahupun media elektronik sering mendapat tumpuan dan maklum balas positif daripada orang ramai.

Malah masyarakat sekarang semakin menyedari faktor kesihatan banyak mendatangkan impak yang besar dalam kehidupan mereka.

Bagi memastikan mereka kekal sihat, masyarakat sekarang sanggup berbuat apa sahaja supaya tubuh badan mereka berada dalam kondisi yang baik.

Ekoran kesedaran yang wujud, ramai pengusaha produk kesihatan dalam dan luar negara mengambil peluang keemasan ini memperkenalkan barangan mereka di pasaran tempatan.

Antara produk kesihatan yang semakin mendapat tempat di hati pengguna ialah Alfalfa Klorofil.

Keberkesanan produk tersebut semakin diperakui oleh orang ramai berikutan sambutan yang diterima di pasaran.

Produk Promo Eksekutif AA Network Sdn. Bhd., Low Hooi Bee berkata, Alfalfa Klorofil merupakan produk kesihatan yang berfungsi sebagai makanan tambahan untuk mengembalikan kecergasan tubuh badan manusia.

Menurut beliau, alfalfa (medicago satvia) membawa makna `Bapa Segala Makanan' di mana gelaran ini diperoleh daripada masyarakat Arab di Persia sejak beberapa abad lalu.

"Alfalfa merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai struktur akar yang unik di mana ia boleh menyerap pelbagai zat galian, vitamin dan lapan jenis asid amino," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Low memberitahu, tumbuhan itu amat kaya dengan metionin, vitamin A, C, D dan K.

Vitamin K amat diperlukan oleh hati bagi menghasilkan protrombin iaitu satu bahan yang penting untuk pembekuan darah yang sewajarnya.

Sementara itu, jika dikaji dari segi istilah klorofil pula ialah perkataan Greek yang bermaksud daun hijau.

Zarah-zarah klorofil yang terkandung di dalam kloroplas merupakan organel-organel seni berbentuk cakera yang berada di dalam sel-sel tumbuhan.

Daun-daun dan batang tumbuhan berwarna hijau disebabkan oleh kandungan klorofil yang terdapat di dalam tumbuhan berkenaan.

Jelas Low, klorofil merupakan sejenis agen rawatan yang terhandal dan berfungsi secara semula jadi terhadap tubuh badan manusia.

Kadangkala ia digelar sebagai darah hijau sebab penyusunan molekulnya serupa dengan sel darah merah manusia, ujarnya.

Tambah beliau, kebanyakan klorofil yang dihasilkan pada masa kini telah diekstrak daripada daun-daun alfalfa.

"Alfalfa sememangnya diketahui kaya dengan klorofil iaitu sekurang-kurangnya empat kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa," katanya.

Dengan perkembangan pesat bidang sains dan teknologi, penyelidikan terhadap produk kesihatan seperti alfalfa telah berjaya dilaksanakan tanpa perlu berhadapan dengan sebarang kesulitan.

Malah kecanggihan teknologi moden memudahkan penghasilan alfalfa dalam bentuk pati pekat klorofil atau pun kapsul yang berisi serbuk.

Melalui cara tersebut ia turut membantu pembekalan nutrien dalam bentuk yang lebih mudah dihadamkan oleh tubuh manusia.

Menurut Low, kandungan protein alfalfa ialah sebanyak 18.9 peratus berbanding dengan daging 16.5 peratus, telur 13.1 peratus dan susu 3.3 peratus.

"Kandungan kalsium yang terdapat dalam alfalfa ialah 14 kali lebih daripada germa gandum dan 144 kali lebih daripada hati," jelas beliau.

Ulasnya, alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang paling beralkali di dunia dan kealkaliannya berupaya membantu meneutralkan asid toksik dalam sistem tubuh badan manusia.

Melalui kajian yang dilakukan ke atas klorofil cecair, ia berupaya memberi manfaat untuk jantung, menghilangkan bau nafas, meningkatkan sel darah merah, meringankan masalah sengal pada sendi, bagus untuk ulser mulut dan perut, mengurangkan masalah sembelit, mengekalkan aliran darah dan sebagainya.

Bagi mereka yang sakit kerongkong dan hilang selera makan, mereka dinasihatkan supaya mengamalkan pengambilan alfalfa.

Namun begitu, setiap perkara yang baik tidak akan kita peroleh dengan segera kerana pembersihan dan penulenan sistem badan manusia secara semula jadi memerlukan masa yang agak panjang.

Pengguna dinasihatkan supaya mengambil klorofil secara konsisten bagi memastikan kemujarabannya.

Dalam pada itu, Low memberitahu, produk alfalfa yang diedarkan oleh AA Network tidak mengandungi sebarang bahan kimia, pewarna ataupun perisa tambahan.

"Produk ini juga menggunakan pati asli dan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan utama ke atas pengguna."

"`Mungkin pengguna akan kerap membuang air kecil atau air besar sahaja," terangnya lagi.

Alfalfa Klorofil boleh diambil oleh semua peringkat usia kerana ia merupakan satu produk asli yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan semula jadi.

Mengenai cara-cara pengambilan Alfalfa Klorofil, pengguna boleh mengambilnya pada setiap hari iaitu satu sudu teh dibancuhkan ke dalam segelas air.